Aku harus berani untuk menempuh hujung bulan ini dengan hati yang tabah.
Aku harus kuat untuk melalui hari-hari terakhir bergelar pelajar di UTeM.
Aku harus tabah melalui segalanya.
Masanya hampir tiba.
Seorang demi seorang akan pulang..
Mengucapkan SELAMAT TINGGAL ..
Ya, Allah.. berikanlah aku kekuatan....
Terima Kasih...
jangan biarkan ia berlalu pergi
Esok kalau ia masih bertandang,
jangan harap ia akan datang kembali
Semalam kalau ia tak datang
mungkin ia tak akan pergi
seterusnya ia tak akan kembali
Kerana hari ini baru kau sedar
bahawa semalam kau biarkan ia datang
dan esok ia akan pergi
dan seterusnya tak akan datang kembali
Hari ini, esok, semalam dan seterusnya
kau harus sedari bahawa
pertemuan dan perpisahan
adalah lumrah perkenalan…
Hari ini akan berlalu pergi bagai angin lalu...
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita...
Semalam tak mungkin akan berulang kembali seperti sejarah…
Seterusnya beringat-ingatlah untuk menghadapi esok
yang pastikan mendatang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 comments:
s0nonyeee.....=|
jgn cedih2 cda...
Post a Comment